Friday, 13 April 2012
fá³dáh m³mpüџᦠrámᦠrákáÑ
nk bgi mukodimmah ckit ..bendo wak lgunie memey molek la utkk budoq-budoq wak x ramai saen and xse pom ade sikat nk saen niee..kuakuakua...
Semua orang mengetahui tiada sesiapa pun yang boleh hidup secara bersendirian di dunia ini.Justeru, setiap individu akan cuba mendekati individu yang lain bagi mengisi kesunyian tersebut.Rakan menjadi orang yang terpenting selain ahli keluarga kita sendiri.
Tentunya pelbagai faedah akan kita dapati sekiranya mempunyai ramai rakan dan kenalan.
Sememangnya terdapat banyak faedah yang dapat diperoleh jika kita mempunyai ramai rakan. Rakan dapat menolong kita semasa menghadapi masalah dalam kehidupan kita. Jika kita berada dalam kesusahan, dapatlah rakan membantu kita menyelesaikan masalah tersebut.Seorang rakan yang baik akan tetap berada di sisi kita tidak kira ketika menghadapi masalah atau pun ketika kita bergembira.
Selain itu, apabila kita runsing atau asyik memikirkan perkara yang membimbangkan kita, rakanlah yang akan cuba menggembirakan hati kita.Terdapat remaja yang hanya meluahkan perasaan mereka kepada rakan-rakan dan bukannya ibu bapa mereka.Hal ini berlaku demikian kerana terdapat ibu bapa yang ketiadaan masa untuk berbincang dengan anak-anak mereka tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Seterusnya jika kita mempunyai rakan,kita boleh keluar bersama dengan mereka untuk berseronok pada masa lapang. Kadang-kadang kita berasa jemu berada di rumah seperti burung terkurung di dalam sangkar. Oleh itu, kita bolehlah mengajak rakan kita keluar menemani kita ke pusat beli-belah atau pun ke mana-mana sahaja asalkan tahu batasannya.
Bagi pelajar-pelajar,belajar secara berkumpulan merupakan satu cara untuk memahami apa yg dipelajari di sekolah.Justeru, rakan amat penting dalam situasi sebegini. Dengan mempunyai rakan, kita dapat membentuk kumpulan untuk membincangkan topik-topik yang sukar difahami dan bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan kita.Hal ini secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama rakan kita.
Intihanya,rakan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan kita.Rakan yang baik akan tetap membantu dan menyokong kita tidak kira apa yang terjadi.Oleh itu kita harus mempunyai seberapa ramai rakan sejati.Sesungguhnya merekalah yang akan menjadi peneman tatkala kita dalam kesusahan atau pun waktu senang.
hopepully,..,. kpede wak bcoie ni toubat laa .. pernyataan benar nie wak nok taip niee kalu mati tu kubur buke nyor sekali ......kubur masing-masing. so so sore bohh....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment